Thursday, 29 December 2016

MUFTI PERAK HARUS FAHAM ISU POLEMIK YANG SEDANG MELANDA NEGARA TERLEBIH DAHULU DAN SETERUSNYA KENA BERANI TEGUR KERAJAAN KLEPTOKRASI SERTA PERDANA MENTERI PALING KORUP

Hakikatnya, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mestilah faham sesuatu isu polimik yang sedang melanda Negara dan bakal memudaratkan bangsa serta negera terlebih dahulu sebelum menegur YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya rasa Tan Sri Harussani Zakaria tak faham permasalahan negara masakini sehingga membuatkan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa pikul tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah sebelum keseluruhan negara tenggelam dan memudaratkan 32 juta rakyat malaysia.

Gejala amalan rasuah sedang berlaku secara berleluasa dan salah guna kuasa amat mengerikan dalam sejarah kepimpinan politik di tanahair kita pada hari ini.

Seluruh dunia menghina negara kita kerana perdana menteri paling korup telah melakukan pelbagai amalan korupsi sehinggakan negara-negara luar seperti amerika syarikat, singapura, switzerland dan beberapa lagi sedang mengambil tindakan undang-undang keatas kes skandal 1mdb.

Apakah Tan Sri Harussani Zakaria selaku mufti perak tidak baca laporan PAC parlimen yang mengesahkan sejumlah RM20 bilion dana syarikat 1MDB hilang entah ke mana?!

Tidakkah Tan Sri Harussani Zakaria ketahui bahawa laporan Ketua Audit Negara mengesahkan sejumlah RM28 bilion pun lesap dari akaun syarikat 1MDB entah ke mana?!

Urus-tadbir negara secara korup telah menyebabkan hutang negara kini melebihi RM800 bilion!! Kos sara hidup rakyat telah meningkat berlipat ganda sehingga membebankan rakyat jelata di peringkat akar umbi.

Keadaan politik, ekonomi dan sosial negara amat celaru dan kelam-kabut!!

Para pelabur asing tidak yakin lagi dengan Malaysia sehinggakan nilai mata wang negara merudum dengan begitu teruk sekali!!


Tan Sri Harussani Zakaria harus tegur Najib Tun Razak selaku perdana menteri paling korup untuk tadbir negara kita secara teramanah mungkin!!

Ugama Islam melarang amalan rasuah dan salah guna kuasa!! Pemerintah mesti amanah, jujur serta adil terhadap rakyat jelata. Kebajikan rakyat mesti dipelihara secara terbaik mungkin.

Mana Tan Sri Harussani Zakaria tahu yang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad tidak beribadah? Malahan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang paling beribadah kerana pada usia yang lanjut ini beliau sanggup ketepikan kemewahan hidup untuk melawan kemungkaran kerajaan sepertimana yang dituntut oleh agama islam yang berteraskan kepada al-quran serta as-sunnah.

Mantan perdana menteri ini ditekan dengan begitu hebat dan kini hilang pelbagai haknya sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan. 

Beliau sanggup korbankan itu semua demi untuk menjaminkan kesejahteraan negara kita dan kebahagiaan penghidupan rakyat.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad bukan nak jatuhkan mana-mana pemimpin secara membuta-tuli!! Beliau bertindak pada hari ini selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri yang menasihatkan agar sebarang bentuk kemungkaran mesti ditentang secara habis-habisan!!

Ini bukan soal politik lagi tetapi ini juga adalah soal aqidah agama.

Saya secara jujurnya ingin nasihatkan mufti perak untuk kaji sesuatu isu secara mendalam terlebih dahulu dan kemudiannya buatlah teguran tanpa pilih kasih berteraskan tuntutan agama Islam secara tulen. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah!!

Janganlah kita pertahankan kerajaan yang mungkar dari segenap segi dan mencaci secara membuta-tuli keatas mana-mana insan yang sedang memikul perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi kepentingan bangsa, agama mahupun tanahair yang tercinta ini.
.

 
Dengan perasaan rendah diri dan tawadduk; saya juga rela hati untuk berjumpa dengan mufti perak untuk perjelaskan situasi negara masakini yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!

Perdana menteri paling korup ini sedang mengepalai kerajaan kleptokrasi dan merosakkan negara kita yang cukup makmur pada suatu masa dahulu.

Semoga Allah SWT membuka pintu hati hamba-hambaNya di negara Malaysia ini agar terus berpaut erat pada aqidah agama Islam yang tulen untuk terus lawan kezaliman kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!

Amin yarabbal alamin.

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Disember 2016

Pas semakin terpinggir, ahli semakin keliru, dakwa penganalisis

Penyokong bawahan Pas kini keliru ke mana mereka mahu di bawa dalam pilihan raya umum akan datang.
Penyokong bawahan Pas kini keliru ke mana mereka mahu di bawa dalam pilihan raya umum akan datang.

Pas kini semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air manakala ahlinya pula keliru dengan apa yang hendak dibawa oleh pimpinan parti itu, kata penganalisis politik.
Menurut kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre, ahli Pas tidak tahu ke mana hala tuju Pas sebenarnya menjelang pilihan raya umum akan datang, samada akan bersama dengan Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.
Pas kini terpinggir dari arus perdana politik, dakwa Hisomuddin BakarPas kini terpinggir dari arus perdana politik, dakwa Hisomuddin BakarPengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Hisomuddin Bakar berkata, kebanyakan ahli bawahan Pas tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang dilihat sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya.
Tetapi katanya, dasar yang dibuat oleh Pas untuk tidak mahu sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyusahkan Pas sendiri.
"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.
"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.
"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula," kata Hisomuddin.
Bagi beliau, pendekatan Pas untuk hanya bekerjasama dengan PKR dan Bersatu ketika tidak mahu dilihat bekerjasama dengan rakan kedua-duanya iaitu DAP dan Amanah menyulitkan kedudukan Pas sendiri.
"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menjangka kumpulan yang keliru ini akan bila-bila masa boleh menyertai Amanah jika dilihat parti baru saingan Pas itu lebih jelas tindakan mereka.
"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.
Menurut Hisomuddin, mesej yang dihantar oleh Pas kepada ahli dan penyokongnya juga mengelirukan.
"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.
"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.
"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.
Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata Dr Bridget Welsh.Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata Dr Bridget Welsh.Seorang lagi pengkaji politik, Dr Bridget Welsh berkata, kekeliruan ahli Pas bertambah dengan isu pemergian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran ketika negara itu dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Syria di Aleppo.
"Saya rasa Hadi kini bermasalah dengan penyokong tegarnya dalam parti yang selama ini anti Syiah dan NGO konservatif yang selama ini menyokong parti itu," kata saintis politik itu.
Sebelum ini, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Pas sebuah parti yang keliru.
Namun pandangan ini disanggah oleh ahli parlimen Pas dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Bagi beliau Pas tidak keliru kerana sejak dari awal lagi sudah dinyatakan oleh pimpinan Pas mereka mahu bersama blok ketiga bukan kumpulan besar pembangkang atau Barisan Nasional.
"Yang keliru adalah parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih dok harap Pas akan bersama mereka," kata Mahfuz. (Sumber: Malaysia Dateline)

Kerugian Felda: ANAK mahu SPRM siasat Najib, 4 lain



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan Laporan Ketua Audit Negara yang mendapati kepincangan dalam agensi persekutuan itu dan subsidiarinya.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata ini kerana laporan audit yang dikemukakan baru-baru ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai perjalanan urus tadbir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Persepsi umum mendakwa ia adalah kepincangan, salah urus dan penyelewengan yang dilakukan oleh pengurusan Felda.

"Meskipun pihak Felda telah menjawab penemuan audit dari Laporan Ketua Audit Negara, ia masih menimbulkan kesangsian dan tanya tanya. Apatah lagi membabitkan sejumlah wang yang sangat besar," kata Mazlan kepada pemerita di perkarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Mazlan berkata demikian menerusi aduan yang dilaporkan kepada SPRM.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Antaranya, termasuk 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR atau Light Detection and Ranging bernilai RM148.42 juta dan projek jalur lebar melibatkan kos RM566 juta.

Laporan itu turut membidas Felda kerana tidak membuat kajian kemungkinan dan daya maju sebelum projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen diteruskan sehingga menyebabkan agensi itu mengalami kerugian RM73.63 juta.

Peneraju utama

Terdahulu Mazlan bersama-sama Pengerusi Hisbah Center, Datuk Ezam Md Noor menyerahkan satu memorandum kepada wakil SPRM Norliza Adnan berhubung Laporan Ketua Audit Negara itu.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, SPRM perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya mempunyai bukti pembabitan mana-mana individu termasuk di dalam pengurusan Felda yang didapati terlibat seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Dalam aduannya kepada SPRM, Mazlan menamakan lima orang iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada dan bekas Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad.

Mazlan berkata, beliau menamakan lima individu terbabit kerana mereka merupakan peneraju utama berkaitan Felda ketika Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

Ezam turut mendesak SPRM mengeluarkan laporan segera berhubung aduan mereka itu.
Katanya, laporan segera itu penting kerana ia melibatkan kepentingan awam dan wang rakyat apatah lagi dengan pelbagai isu yang membelit Felda hari ini.

"Kita mengharapkan respon segera SPRM kerana laporan segera ini menjadi lebih penting sekarang dengan berbagai isu yang melanda Felda yang mana saham FGV yang semakin merudum, penjualan saham oleh KWSP dengan menjual pegangan mereka baru-baru ini dan pengambilalihan sebuah syarikat di Indonesia.

"Semua ini memberi gambaran burukdan persepsi tidak baik kepada Felda dan membimbangkan pengusaha Felda khususnya mereka yang mempunyai kepentingan langsung kepada Felda," kata Ezam.

Beliau juga menggesa SPRM dan PDRM bersikap lebih proaktif dalam isu yang melibatkan kepentingan dan wang rakyat ini apatah lagi laporan audit tersebut dibuat secara umum.

"Agensi seperti SPRM dan PDRM juga perlu bersikap proaktif kerana siasatan ini seharusnya sudah sampai kepada mereka kerana laporan audit ini umum dan membabitkan wang rakyat, membabitkan Felda dan bukan satu, dua kes tapi banyak kes, bukan satu, dua juta tapi puluhan juta," katanya. (Sumber: malaysiakini.com)


ANAK gesa kerajaan batalkan pembelian Ladang PT Eagle High Plantation

Mazlan Aliman
(Foto: Sdr. Mazlan Aliman - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan)


Kerajaan digesa campur tangan agar Felda menerusi anak syarikat, Felda Investment Corporation(FIC) Properties, membatalkan perjanjian jual beli kepentingan 37% dalam ladang PT Eagle High Plantation, milik Rajawali Group yang berpengkalan di Jakarta.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) Mazlan Aliman berkata, sesuatu yang melucukan apabila Felda Global Venture Holding(FGVH) pada tahun 2015 beria ia mahu membeli kepentingan diatas ladang seluas 320,000 hektar itu dan membatalkannya, kini, FIC pula berbuat demikian.

"Untuk pengetahuan, Pengerusi kepada FGVH dan FIC adalah orang yang sama, Tan Sri Isa Samad," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, yakin proses due diligence(jika dibuat) yang mengambilkira soal perundangan, kedudukan saham dan aset serta penilaian atas ladang tidak dilakukan dengan telus.

"Kita bimbang pembelian Ladang PT Eagle High Plantation yang nilainya begitu mahal dibuat atas agenda peribadi. Kita juga maklum, empayar Rajawali Group yang dimiliki Peter Sondakh ada kaitan dengan pemimpin utama Malaysia.

"Adalah lebih baik FIC fokus kepada memperkasa bidang perhotelan dan hartanah seperti core business mereka yang pada ketika ini pun sedang dipersoalkan tahap pencapaiannya.

"Bahkan, FIC baru sahaja mengambilalih projek Perumahan Generasi Baru Felda(PGBF) dari Felda Engineering Sdn Bhd. Lebih baik selesaikan segera masalah 11,000 unit rumah Gen 2 yang terbengkalai," ujarnya.

Anak juga berpandangan jika FGVH yang dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perladangan membuat keputusan membatalkan pembelian, apa kelebihan yang ada pada FIC?

"Adalah amat malang dan menyedihkan di kala isu kritikal seperti FGV, pembayaran hasil, hutang peneroka, penipuan kadar perahan Gred, ketidakstabilan harga getah dan perumahan Generasi Baru Felda sedang menyelubungi warga Felda, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Isa Samad yang bertanggungjawab keatas Felda tidak sensitif langsung bahkan semakin ghairah melakukan pelaburan baru.

"Setakat mana gembar gembur kejayaan FGV, yang kini warga Felda menanggung akibatnya? Sejauh mana bayaran balik pinjaman RM6 bilion dilakukan kepada KWSP?

"Anak ingin bertanya, jika pembelian ini dimuktamadkan, di mana US$505.4 juta (RM2.26 bilion) mahu diperolehi?Adakah pinjaman baru dilakukan?" soalnya.

Katanya lagi, pertubuhan itu akan menggerakkan kempen dengan dokongan parti politik dan NGO bagi mempastikan pembelian ladang Pt Eagle High Plantation ini dibatalkan.

"Cukup lah derita dan airmata para peneroka akibat percaturan salah penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu.

"Berapa nilai saham FGV hari ini?," soalnya lagi. - (Sumber: Malaysia Dateline)

JAHATNYA DAP YANG MENYEBABKAN FELDA RUGI BERBILION RINGGIT BELI SAHAM EHP 3 KALI GANDA MAHAL

Pendedak umno bolehlah menyalahkan DAP kerana menyebabkan Felda rugi berbillion Ringgit Malaysia. Antara jawapan daripada penjilat Najib mereka yang mempertikaikan Felda adalah atas arahan cina DAP. Maka Mak Bedah yang tinggal dalam Felda pun mengganggap Felda memang diketuai oleh pemimpin yang jujur seperti Isa Samad dan Najib Razak.

Kedua-duanya memang mempunyai track record yang baik dalam pengurusan kewangan kerana jujur dan amanah????

Pada 23 Disember 2016, Felda melalui satu kenyataan ringkas yang disiarkan oleh New Straits Times mengesahkan pembelian pegangan 37% di dalam PT Eagle High Plantations Tbk (sering dirujuk dengan kependekan EHP) pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion (pada kadar tukaran semasa 1 USD = RM4.4767).

Kenyataan media Felda itu juga mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Pembelian ini akan menggunakan sebuah syarikat khas (“special purpose vehicle”) milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP). Saya sertakan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan bahawa FICP mempunyai modal berbayar RM1 juta sahaja dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda. Syarikat ini juga tidak pernah mempunyai sebarang urusniaga sejak ditubuhkan dan bergantung sepenuhnya kepada Felda.

ii. Felda melalui FICP telah pun menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham (atau Sales Purchase Agreement “SPA”) dan kini menunggu kelulusan dari pihak berkuasa di kedua-dua buah negara.

Pembelian pegangan 37% di dalam Eagle High Plantations bukanlah satu perkara baru dan hampur-hampir dimuktamadkan dalam tahun 2015 melalui Felda Global Ventures (FGV). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui bercampur pula dengan kedudukan kewangan FGV yang kian merosot dan tekanan politik, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak meneruskan hasrat membeli 37% pegangan di dalam Eagle High Plantantions ini dalam tahun 2015.

Rakyat kemudian dikejutkan dengan pengesahan bahawa pembelian itu diteruskan melalui sebuah anak syarikat milik penuh Felda seperti kenyataan media Felda yang dilaporkan oleh NST di atas.

Pembelian 37% pegangan di dalam EHP pada harga USD505.4 juta atau RM2.263 bilion ini adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga saham purata EHP sejak setahun lepas (atau dua kali ganda lebih mahal berdasarkan harga terkini EHP). Ini bermakna bukan sahaja Dato’ Seri Najib membelanjakan wang Felda pada ketika kedudukan kewangan Felda semakin kronik (saya akan tunjukkan di bawah), wang itu digunakan untuk membayar saham-saham pada harga yang tiga kali ganda lebih mahal.

Saya sertakan prestasi saham EHP (di dalam Rupiah) bagi tempoh 5 tahun seperti di bawah (sumber dari Bloomberg):

Purata harga saham EHP sejak tahun lepas (iaitu ketika urusniaga ini dirundingkan oleh FGV) ialah sekitar IDR132 hingga IDR314 sesaham sahaja. Pada perkiraan purata ringkas, purata harga satu saham EHP berdasarkan harga sepanjang 52 minggu lepas adalah IDR200 sahaja (atau 6.7 sen sesaham dalam Ringgit Malaysia).

Jumlah saham keseluruhan yang diterbitkan adalah 31.525 bilion saham (seperti yang ditunjukkan dari maklumat Bloomberg di bawah):

Oleh yang demikian, pada harga RM2.263 bilion untuk membeli 37% pegangan saham, ini bermakna Felda akan membayar premium (lebih mahal dari harga sepatutnya mengikut harga saham) sebanyak 290% (3 kali ganda) jika dibandingkan dengan harga purata 52 minggu, atau 195% (2 kali ganda) jika dibandingkan dengan harga saham EHP pada hari ini.

Jika pun Felda mempunyai wang yang melimpah ruah, tidak ada orang yang waras yang akan bersetuju untuk membeli pegangan 37% di dalam EHP pada harga yang sebegitu tinggi.

Namun, paling tidak boleh terima, pembelian ini berlaku pada ketika Felda mengalami kedudukan kewangan yang sudah sampai ke tahap nazak.


Disertakan beberapa angka penting dari Penyata Kewangan Felda yang telah diaudit bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014 (terkini). Penyata Kewangan Felda bagi tahun 31 Disember 2015 masih belum diserahkan kepada ahli-ahli parlimen.

- Kedudukan kewangan Felda adalah sangat parah apabila kerugian bersih (selepas ditolak perbelanjaan dan cukai) adalah RM2.312 bilion bagi tahun 2013. Pada tahun 2014, Felda rugi lagi sebanyak RM1.023 bilion.

- Jumlah wang tunai di tangan, di bank dan deposit tetap yang disimpan oleh Felda berkurangan secara mendadak dari RM684 juta (tahun 2013) kepada hanya RM291 juta (tahun 2014).

Maka diajukan soalan-soalan ini:

i. Bagaimana Felda mahu membayar pembelian bernilai RM2.263 bilion ini sedangkan wang tunainya hanya ada RM291 juta pada akhir tahun 2014 (dan mungkin akan susut lebih banyak lagi apabila laporan kewangan berakhir 31 Disember 2015 dikeluarkan)?

ii. Siapa yang memberi arahan untuk membeli 37% saham EHP pada harga 3 kali ganda lebih mahal dari harga pasaran?

Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak memandangkan hubungan akrab beliau dengan hartawan Indonesia, Tan Sri Peter Sondakh yang dikenali di seluruh dunia.

Saya mahu Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab secara terbuka sama ada beliau pernah mengarahkan mana-mana pegawai dari yang di bawah hingga ke paling atas untuk meneruskan pembelian saham 37% di dalam EHP yang dimiliki kenalan perniagaan beliau Tan Sri Peter Sondakh.

Saya akan membuat satu laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Isa Samad dan semua ahli Lembaga Pengarah Felda dan FIPC pada hari Khamis ini agar satu siasatan dibuka segera memandangkan pembelian pada harga 3 kali ganda lebih mahal, pada kala kedudukan kewangan Felda adalah nazak, boleh disifatkan sebagai satu jenayah (sekurang-kurangnya kecuaian profesional yang menyebabkan kerugian kepada rakyat).

Saya akan terus mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam Felda dan urusniaga ini setiap hari.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
27 Disember 2016

Banyak kali saya kata Najib curi duit, tapi dia tak saman kata Tun Mahathir

SUDAH berulang kali Tun Mahathir secara terbuka menuduh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak mencuri duit rakyat, namun sampai ke hari ini tiada sebarang tindakan saman malu dibuat terhadap bekas perdana menteri itu.

Menurut Tun Mahathir, seseorang yang tidak bersalah boleh membuat saman malu jika dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukannya, namun tiada sebarang saman dikenakan terhadap beliau walaupun telah berulang kali menuduh Najib mencuri duit.


"Biasanya kalau satu orang kata kepada satu orang, awak curi duit, tapi dia tak curi, dia boleh buat saman malu kepada orang yang tuduh dia, tapi tak ada pun, saya dok kata berkali-kali Najib curi duit, Najib curi duit, Najib curi duit,"

"Tak ada saman malu, pasal apa tak ada saman malu, pasal dia curi duitlah, nak malu apa dia curi duit, " kata Tun Mahathir dalam satu ceramah Bicara Rakyat baru-baru ini.

Tun Mahathir turut menyatakan kesediaannya untuk menjawab di mahkamah berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya kepada Najib.

"Dia nak bawa saya pergi mahkamah saya (sedia) pergi mahkamah, dah suruh polis tanya saya dah empat kali dah, saya buat ucapan, hantar polis tanya saya, saya kata kalau nak jawapan bawa saya pergi mahkamah, saya jawablah," tegasnya.

Tun Mahathir mendakwa, duit kerajaan yang dicuri oleh Najib sebahagian dibelanja untuk menyogok para pengundi, manakala sebahagian lagi diberikan kepada wakil rakyat dan para pemimpin Umno.

"Sudah ada banyak bukti dia (Najib) curi duit, duit kerajaan dia curi, sebahagian dia bagilah nak sogok pengundi-pengundi dan wakil rakyat Umno dan pemimpin-pemimpin Umno, dia bagi duit inilah yang menyebabkan negara kita jadi rosak," katanya lagi.  (Sumber: milosuam.net)

Tanah mukim ljok: Siapa yang terdedah?

Dr Dzulkefly Ahmad SERANGAN Umno-BN dan Khalid lbrahim terhadap Menteri Besar Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Ijok...