Menurut Tun Mahathir, seseorang yang tidak bersalah boleh membuat saman malu jika dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukannya, namun tiada sebarang saman dikenakan terhadap beliau walaupun telah berulang kali menuduh Najib mencuri duit.
"Biasanya kalau satu orang kata kepada satu orang, awak curi duit, tapi dia tak curi, dia boleh buat saman malu kepada orang yang tuduh dia, tapi tak ada pun, saya dok kata berkali-kali Najib curi duit, Najib curi duit, Najib curi duit,"
"Tak ada saman malu, pasal apa tak ada saman malu, pasal dia curi duitlah, nak malu apa dia curi duit, " kata Tun Mahathir dalam satu ceramah Bicara Rakyat baru-baru ini.
Tun Mahathir turut menyatakan kesediaannya untuk menjawab di mahkamah berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya kepada Najib.
"Dia nak bawa saya pergi mahkamah saya (sedia) pergi mahkamah, dah suruh polis tanya saya dah empat kali dah, saya buat ucapan, hantar polis tanya saya, saya kata kalau nak jawapan bawa saya pergi mahkamah, saya jawablah," tegasnya.
Tun Mahathir mendakwa, duit kerajaan yang dicuri oleh Najib sebahagian dibelanja untuk menyogok para pengundi, manakala sebahagian lagi diberikan kepada wakil rakyat dan para pemimpin Umno.
"Sudah ada banyak bukti dia (Najib) curi duit, duit kerajaan dia curi, sebahagian dia bagilah nak sogok pengundi-pengundi dan wakil rakyat Umno dan pemimpin-pemimpin Umno, dia bagi duit inilah yang menyebabkan negara kita jadi rosak," katanya lagi. (Sumber: milosuam.net)

No comments:
Post a Comment