Friday, 17 February 2017



Untuk sekian lamanya, Lim Kit Siang digambarkan sebagai ‘hantu jembalang’ kepada orang Melayu. Orang Melayu, seperti dinyatakan oleh Frank Swettenham, adalah orang yang kuat beragama, tapi masa yang sama, tebal dengan kepercayaan tahyul kepada hantu seumpamanya. Siapa Frank Swettenham? Tak perlu agaknya saya ceritakan siapa. Tidak ada apa yang saya boleh buat, kalau kita tidak bersekolah.

Setelah dimomok sebagai ‘hantu’ yang paling besar. Orang Melayu secara semula jadi takut kepada DAP khususnya Lim Kit Siang. Inilah imej jahat yang dicipta oleh UMNO. Mereka menggambarkan sebagai chauvinis Cina yang anti Melayu, anti-Islam dan anti Raja-raja Melayu. Imej dan reputasi baik Kit Siang sepanjang karier politiknya menjadi buruk kerana ia dipesongkan dari fakta sebenar oleh UMNO melalui media kawalan mereka seperti Utusan Malaysia, RTM dan sebagainya.

Parlimen Raub mengorak langkah membetulkan persepsi sesat ini dengan membawa Lim Kit Siang bertemu dengan orang-orang Melayu. Psikologi orang Melayu ialah, mereka mahu bersua dan berdepan muka, membaca air muka, membaca bahasa badan dan membuat rumusan. Kalau mereka sudah mempercayai dan meyakini keikhlasan, maka persepsi itu akan melekat dalam benak orang Melayu. Saya mahu Kit Siang berdepan dengan orang Melayu dan menjawab segala kemusykilan yang tersemat dalam dada.

Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apa jadi jika orang Melayu sedikit demi sedikit, meningkat kepercayaan kepada Kit Siang dan DAP? Suatu pertemuan telah diadakan antara orang Melayu dengan Kit Siang pada awal bulan lalu. Pertemuan itu telah dilansungkan dikedai Husin Ikan Kelah, Raub. Walaupun tidak ramai yang hadir, sekitar 50 orang, tapi pertemuan itu sungguh bernilai tinggi. Saya mengharapkan pertemuan itu dapat menghakis syak wasangka dan gambaran salah yang dicerna oleh UMNO. Kit Siang telah menjawab banyak persoalan dan fitnah yang selama ini dilontarkan termasuk sama fitnah yang mengaitkannya dengan peristiwa 13 Mei 1969.

Apa yang kita harap dapat dipelajari dari pertemuan Kit Siang dan orang Melayu ini?

DAP menerima kesemua peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah menerima hak orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan Bahasa Malaysia, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Segala tohmahan yang dilontarkan terhadap DAP mahupun Lim Kit Siang adalah tidak benar dan palsu. Momokan dan fitnah yang timbul selama ini kontra dengan realiti dan fakta.

Bolehkah DAP membentuk kerajaan secara persendirian? Jawapannya tidak boleh. Di sini kita melihat bahawa UMNO telah memperbodohkan orang Melayu. Struktur agihan kuasa dalam negara ini, dari Raja-Raja sampailah kepada pengerusi JKKK dan JKKR (FELDA), Jawatankuasa surau dan masjid, semuanya dikuasai oleh orang Melayu.

95 peratus penjawat awam ialah Melayu dan mereka hanya perlu mogok satu hari sahaja, maka lumpuhlah kerajaan yang ‘anti-Melayu’. Polis dan tentera hampir semuanya Melayu. Kerajaan Melayu jugalah yang akan menguasai legitimate coercive forces ini. Jika DAP menang 50 kerusi parlimen sekalipun, ia perlu bermuafakat dan bergabung dengan parti-parti lain yang majoritinya Melayu untuk membentuk kerajaan Persekutuan. DAP sedar bahawa mereka tidak boleh mengenepikan keberadaan orang Melayu dalam negara ini. Majoriti penduduk ialah Melayu dan Melayulah yang akan teruus menguasai politik dalam negara ini.

Pada tahun 2035, dianggarkan peratusan jumlah Melayu ialah 85 peratus dari penduduk negara ini. Kerajaannya pasti orang Melayu. Yang perlu kita didik diri kita ialah menyedari bahawa Melayu itu tidak semestinya UMNO. Walaupun saya dalam parti DAP, saya tetap Melayu dan beragama Islam.

Cerita mengenai Lim Kit Siang jadi TPM atau jawatan-jawatan lain setaraf dengannya adalah cerita rekaan orang nyanyuk seperti Tengku Aziz dan pemimpin UMNO yang takut dengan baying-bayang sendiri. Tidak ada pertemuan dan permuafakatan antara pemimpin DAP dengan Tun Dr Mahathir atau pemimpin Melayu yang lain untuk menjadikan Lim Kit Siang sebagai TPM. Yang menagih jawatan TPM sebenarnya ialah MCA.

Jika DAP menang 50 kerusi, ia akan menjadi sebuah parti politik yang berpengaruh dalam negara ini. Paling tinggi yang ia boleh harapkan ialah menjadi pembantu kepada gerakan memperkukuhkan demokrasi dalam negara ini.

DAP tidak mewakili orang Cina – perkara ini tidak disedari oleh ramai orang. Benar, parti ini dianggotai pada majoritinya oleh Cina, tapi DAP mewakili semua rakyat yang mahukan kerajaan yang baik, kerajaan yang bebas rasuah, kerajaan yang menjunjung kedaulatan perlembagaan Malaysia dan memuliakan perlembagaan dan kerajaan yang mendukung pemerintahan ikut undang2. DAP mewakili semua yang mahukan keadilan sosial dan politik dan menjuarai dan membela dan melindungi semua orang dari kebuasan pemerintah.

Kepada puak-puak UMNO yang merintih sedikitnya Melayu dalam DAP, maka sertailah DAP supaya Melayu bertambah ramai. Tapi kita tidak mahulah yang berkualiti kayu mati….

Mungkin kita ada terbaca komen-komen rasis dari kaum bukan Melayu di media sosial. Ada yang menuduhnya ‘Read Bean Army’. Hakikatnya, Red Bean Army tidak wujud. Ia merupakan respon yang datang dari individu yang bersifat rasis, sebagimana sebahagian orang Melayu, yang juga bersifat demikian. Ini bukan sikap DAP. DAP menolak rasisme. Dasar-dasar Demokrasi Sosial yang merupakan asas perjuangan DAP bersifat sejagat dengan menutamakan kesetiakawanan dan keadilan.

Menentang BN kerana rasuah

Dalam masa yang sama, saya secara terbuka berkata kepada ahli-ahli DAP, janganlah kita tolak kerajaan BN kerana ianya ‘Melayu’. Itu alasan yang salah! Kita tolak kerajaan BN kerana ianya menyeleweng dan rasuah, mencuri wang, lembab, tidak tahu mengurus ekonomi negara dan salah guna kuasa. Kita menentang BN kerana sebab-sebab yang jelas. Kita menentang BN berlandaskan sistem demokrasi berparlimen yang sah melalui pilihanraya.

DAP melawan segala bentuk kezaliman dan melindungi semua rakyat Malaysia dari kebuasan pemerintahan BN dan UMNO tanpa mengira warna kulit, agama, budaya, bahasa mahupun wilayah yang berbeza.

Jadi, ada apa dengan DAP bagi saya? Pegangan saya selaku Ahli Parlimen DAP tetap sama. Saya hanya tukar wadah, bukan tukar aqidah. Perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara gagal adalah keutamanaan!

*Datuk Mohd Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub mewakili DAP

BAGAIMANA MEMIMPIN RAKYAT YANG LENA ?



Malcolm X atau nama muslimnya Haji Abdul Malik Syabbas seorang pendakwah kulit hitam dari AS  telah menyampaian amanat penting. Amanat bagaimana hendak memimpin. Bagaimana  menggerakkan rakyat yang lena. Masyarakat Malaysia terutama Melayu sangat tinggi dengan sikap ketidak pedulian, terlalu pasrah pada keadaan dan mengambil mudah tentang perjuangan.Seolah olah semua perkara boleh tercapai dengan  bersahaja  tanpa pengorbanan.

KESALAHAN TERBESAR DALAM PERGERAKAN IALAH CUBA MEMIMPIN ATAU MENGGERAKKAN SETIAP ANGGOTANYA YANG  SEDANG KETIDURAN MENUJU SATU MATLAMAT YANG TERTENTU.

ANDA HARUS MEMBANGUNKAN MEREKA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENDAPAT RESPONS UNTUK GERAKERJA  SETERUSNYA

PEMBANGKANG SUKAR MENANG KERANA KELEMAHAN SENDIRI



RAFIZI  RAMLI, NAIB PRESIDEN PKR dalam satu wacana telah mendedahkan punca kenapa parti parti pembangkang terutama PKR  sukar menembusi kerusi UMNO= BN. Menurut beliau pengundi tahu kebobrokan BN. Namun seburuk mana pun UMNO, orang Melayu tidak percaya kepada pembangkang dapat memerintah lebih baik untuk mengekalkan KETUANAN MELAYU.
Mereka punyai nilai sentimental yang kuat terhadap parti keramat tersebut. Sebenarnya para pemimpin pembangkang yang kalah harus menganalisis punca ketewasan dengan melakukan muhasabah diri. Mengapa mereka masih gagal untuk  menembusi kubu UMNO – BN sehingga kini. Sebenarnya jawapannya ada pada mereka.
  • Bagaimana calon PKR  Saudara Idris Jusi  berjaya menembusi kubu tradisi dan  terkuat UMNO di Batu Pahat. Apa strategi yang diguna pakai ?
  • Bagaimana Mahfuz Omar dapat mengekalkan kemenangan di parlimen Pokok Sena dari tahun 2008 hingga ke 2013.
  • Bagaimana Fauziah Salleh dan Datuk Fauzi Abdul Rahman boleh menang di parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Kenapakah PKR kalah teruk di parlimen Balik Pulau ?Jawapannya ada pada tokoh yang bertanding dan prestasi kerja mereka untuk menang.Jawapan kepada kemenangan juga ada pada pengundi muda saluran 4. DAP berjaya merekrut anak muda untuk mendaftar. Apakah tarikan kita kepada anak muda untuk keluar mengundi demi masa depa negara. Merekalah yang bakal menentukan siapa yang bakal menang ? Adakah PKR mempunyai program yang cukup untuk mendekati mereka. Adakah PKR mempunyai agenda untuk membina kepimpinan pelapis yang kuat di setiap cabang.
Adakah PKR mempunyai dasar dasar dasar tulin pro rakyat yang terbukti berfungsi demi masa depan negara dari segi menyediakan peluang kerja baru, pendekatan khas supaya mahasiswa boleh berdikari daripada mengaharapkan pekerjaan di sektor kerajaan semata mata.
  • Apakah dasar PKR terhadap keusahawanan terutama terhadap ratusan ribu mahasiswa yang keluar saban tahun.
  • Apakah dasar kita terhadap jutaan hektar  tanah tanah terbiar
  • Adakah PKR mempunyai dasar terhdap sistem dan mekanisme percukaian yang lebih cekap dan  berbanding UMNO – BN. Cukai dikenakan golongan yang membuat keuntungan bukan sistem cukai rembat untuk semua walau pun pendapatan kurang
  • Dasar terhadap ekonomi mampu diri supaya negara tidak bergantung import terhadap barang  makanan dari luar negara
  • Dasar terhadap perhutanan dan kelautan sebagai sumber baru ekonomi kita yang  dapat dijana. Dalam masa yang sama alam sekitar kita terpelihara
  • Dasar yang menonjolkan ketegasan  MALAYSIA sebagai sebuah negara yang berdaulat dalam menghadapi kemaraan China di Laut China Selatan. Beranikah kita menukar Laut China Selatan bahagian kita dengan  nama yang menunjukkan hak kedaulatan kita iaitu Laut Kelantan atau Laut Pantai Timur.Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Indonesia yang menukar laut yang menghadapi kemaraan China dengan nama Laut Natuna.
  • Indonesi, Filipina dan Vietnam amat terasa terhadap ancaman kemaraan China di Laut China Selatan,  Malaysia terlihat sangat lunak dan santai sahaja.Malahan  berjinak jinak dengan China sebuah negara yang berlatar belakangkan fahaman komunis yang sangat dimusuhi oleh kita pada suatu ketika dahulu.Apakah kita tidak mengambil iktibar terhadap kerakusan dasar China terhadap Angola, Zimbabwe, Tibet, Sri Lanka dan kini kian terasa di Malaysia.
  • Apakah persediaan kita dalam menghadapi persaingan global. Indonesia, Thailad, Filipina dan Vietnam sedang maju ke depan. Mereka mempunyai barisan kepimpinan yang kuat dan berani seperti Rodrigo Duterte dan Jokowi. Mereka walau pun punyai kelemahan tetapi mempunyai pendirian dan keberanian dalam menghadapi kuasa kuasa besar.
  • Kita pada suatu ketika dahulu mempunyai Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin bertaraf global. Namun tahap kepemimpinan kita kini  ditertawakan oleh dunia kerana terpalit dengan skandal rasuah bertaraf mega
  • Dalam persaingan ekonomi  dengan Singapura pun kita kalah.Ukurannya nilai dollar Singapura 3 kali lebih kuat daripada RM
  • DENGAN BRUNEI PUN KITA KALAH APABILA TERPAKSA MENYERAHKAN 2 BLOK MINYAK L DAN M KEPADA NEGARA KECIL TERSEBUT YANG URUS TADBIR NEGARANYA TENTU LEBIH TELUS DAN BAIK BERBANDING DENGAN KITA.
Jadi banyak kelemahan yang ketara di pihak para pemimpin UMNO – BN, tetapi kelemahan kita juga amat ketara apabila diteropong secara halus. Contohnya di PP apabila PAKATAN RAKYAT dan PH memerintah banyak kezaliman yang berlaku ke atas kampung kampung Melayu.Corak pembangunannya lebih kurang sama dengan BN yang mengutamakan syarikat kroni, korporat dan dasar pro komersialisme secara rakus.
Rakyat terutama para nelayan diabaikan sehingga tergamak menimbus laut tempat habitat hidupan laut sumber rezeki mereka zaman berzaman. Kerakusan ala BN hendaklah dihindarkan jika kita ingin memerintah. Inilah antara faktor faktor yang melambat dan menghalang kemenangan. Di tambah dengan faktor perpecahan pembangkang yang dilakukan oleh PAS.

Tanah mukim ljok: Siapa yang terdedah?

Dr Dzulkefly Ahmad SERANGAN Umno-BN dan Khalid lbrahim terhadap Menteri Besar Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Ijok...