Friday, 17 February 2017

PEMBANGKANG SUKAR MENANG KERANA KELEMAHAN SENDIRI



RAFIZI  RAMLI, NAIB PRESIDEN PKR dalam satu wacana telah mendedahkan punca kenapa parti parti pembangkang terutama PKR  sukar menembusi kerusi UMNO= BN. Menurut beliau pengundi tahu kebobrokan BN. Namun seburuk mana pun UMNO, orang Melayu tidak percaya kepada pembangkang dapat memerintah lebih baik untuk mengekalkan KETUANAN MELAYU.
Mereka punyai nilai sentimental yang kuat terhadap parti keramat tersebut. Sebenarnya para pemimpin pembangkang yang kalah harus menganalisis punca ketewasan dengan melakukan muhasabah diri. Mengapa mereka masih gagal untuk  menembusi kubu UMNO – BN sehingga kini. Sebenarnya jawapannya ada pada mereka.
  • Bagaimana calon PKR  Saudara Idris Jusi  berjaya menembusi kubu tradisi dan  terkuat UMNO di Batu Pahat. Apa strategi yang diguna pakai ?
  • Bagaimana Mahfuz Omar dapat mengekalkan kemenangan di parlimen Pokok Sena dari tahun 2008 hingga ke 2013.
  • Bagaimana Fauziah Salleh dan Datuk Fauzi Abdul Rahman boleh menang di parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.
Kenapakah PKR kalah teruk di parlimen Balik Pulau ?Jawapannya ada pada tokoh yang bertanding dan prestasi kerja mereka untuk menang.Jawapan kepada kemenangan juga ada pada pengundi muda saluran 4. DAP berjaya merekrut anak muda untuk mendaftar. Apakah tarikan kita kepada anak muda untuk keluar mengundi demi masa depa negara. Merekalah yang bakal menentukan siapa yang bakal menang ? Adakah PKR mempunyai program yang cukup untuk mendekati mereka. Adakah PKR mempunyai agenda untuk membina kepimpinan pelapis yang kuat di setiap cabang.
Adakah PKR mempunyai dasar dasar dasar tulin pro rakyat yang terbukti berfungsi demi masa depan negara dari segi menyediakan peluang kerja baru, pendekatan khas supaya mahasiswa boleh berdikari daripada mengaharapkan pekerjaan di sektor kerajaan semata mata.
  • Apakah dasar PKR terhadap keusahawanan terutama terhadap ratusan ribu mahasiswa yang keluar saban tahun.
  • Apakah dasar kita terhadap jutaan hektar  tanah tanah terbiar
  • Adakah PKR mempunyai dasar terhdap sistem dan mekanisme percukaian yang lebih cekap dan  berbanding UMNO – BN. Cukai dikenakan golongan yang membuat keuntungan bukan sistem cukai rembat untuk semua walau pun pendapatan kurang
  • Dasar terhadap ekonomi mampu diri supaya negara tidak bergantung import terhadap barang  makanan dari luar negara
  • Dasar terhadap perhutanan dan kelautan sebagai sumber baru ekonomi kita yang  dapat dijana. Dalam masa yang sama alam sekitar kita terpelihara
  • Dasar yang menonjolkan ketegasan  MALAYSIA sebagai sebuah negara yang berdaulat dalam menghadapi kemaraan China di Laut China Selatan. Beranikah kita menukar Laut China Selatan bahagian kita dengan  nama yang menunjukkan hak kedaulatan kita iaitu Laut Kelantan atau Laut Pantai Timur.Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Indonesia yang menukar laut yang menghadapi kemaraan China dengan nama Laut Natuna.
  • Indonesi, Filipina dan Vietnam amat terasa terhadap ancaman kemaraan China di Laut China Selatan,  Malaysia terlihat sangat lunak dan santai sahaja.Malahan  berjinak jinak dengan China sebuah negara yang berlatar belakangkan fahaman komunis yang sangat dimusuhi oleh kita pada suatu ketika dahulu.Apakah kita tidak mengambil iktibar terhadap kerakusan dasar China terhadap Angola, Zimbabwe, Tibet, Sri Lanka dan kini kian terasa di Malaysia.
  • Apakah persediaan kita dalam menghadapi persaingan global. Indonesia, Thailad, Filipina dan Vietnam sedang maju ke depan. Mereka mempunyai barisan kepimpinan yang kuat dan berani seperti Rodrigo Duterte dan Jokowi. Mereka walau pun punyai kelemahan tetapi mempunyai pendirian dan keberanian dalam menghadapi kuasa kuasa besar.
  • Kita pada suatu ketika dahulu mempunyai Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin bertaraf global. Namun tahap kepemimpinan kita kini  ditertawakan oleh dunia kerana terpalit dengan skandal rasuah bertaraf mega
  • Dalam persaingan ekonomi  dengan Singapura pun kita kalah.Ukurannya nilai dollar Singapura 3 kali lebih kuat daripada RM
  • DENGAN BRUNEI PUN KITA KALAH APABILA TERPAKSA MENYERAHKAN 2 BLOK MINYAK L DAN M KEPADA NEGARA KECIL TERSEBUT YANG URUS TADBIR NEGARANYA TENTU LEBIH TELUS DAN BAIK BERBANDING DENGAN KITA.
Jadi banyak kelemahan yang ketara di pihak para pemimpin UMNO – BN, tetapi kelemahan kita juga amat ketara apabila diteropong secara halus. Contohnya di PP apabila PAKATAN RAKYAT dan PH memerintah banyak kezaliman yang berlaku ke atas kampung kampung Melayu.Corak pembangunannya lebih kurang sama dengan BN yang mengutamakan syarikat kroni, korporat dan dasar pro komersialisme secara rakus.
Rakyat terutama para nelayan diabaikan sehingga tergamak menimbus laut tempat habitat hidupan laut sumber rezeki mereka zaman berzaman. Kerakusan ala BN hendaklah dihindarkan jika kita ingin memerintah. Inilah antara faktor faktor yang melambat dan menghalang kemenangan. Di tambah dengan faktor perpecahan pembangkang yang dilakukan oleh PAS.

No comments:

Post a Comment

Tanah mukim ljok: Siapa yang terdedah?

Dr Dzulkefly Ahmad SERANGAN Umno-BN dan Khalid lbrahim terhadap Menteri Besar Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Ijok...