Saturday, 16 December 2017

IMAMS dibatal sehari selepas dikuatkuasa

Selepas sehari dikuatkuasakan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah.
Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya hari ini.
Beliau berkata kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan kementerian.
Sementara itu Bernama difahamkan pihak kementerian akan mengadakan sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 6 petang ini.
Semalam, Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.
Antara lain, IMAMS mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.
Terdahulu hari ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut meminta penjelasan sama ada benar pegawai operasi IMAMS disandang oleh individu bukan Islam.
Katanya, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu terdiri daripada seorang Melayu sebagai pengarah, manakala tiga setiausahanya berketurunan Cina.
Katanya perkara itu bercanggah dengan kenyataan kementerian sebelum ini yang memaklumkan lembaga pengarah IMAMS dan pemegang saham syarikat terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam.
Saifuddin turut mempersoalkan mengapa setiap permohonan visa umrah perlu membayar RM47.70 termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada IMAMS selain insurans sebanyak RM90.10 termasuk GST bermula 1 Januari 2018.

Sumber: Malaysiakini 16 Disember 2017.

No comments:

Post a Comment

Tanah mukim ljok: Siapa yang terdedah?

Dr Dzulkefly Ahmad SERANGAN Umno-BN dan Khalid lbrahim terhadap Menteri Besar Azmin Ali atas isu penyelesaian projek terbengkalai di Ijok...